Latest News

Kisah Etong : Episod 1

Ahad, 23 Ogos 2009 , Posted by Muhammad Amiruddin Bin Mustafa at 12:49 PG












Hari ini aku adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Aku kini merupakan seorang bos bagi sebuah syarikat perkomputeran yang terkenal di Malaysia iaitu Javamaxx Holding Sdn.Bhd.Namun, disebalik kejayaanku ini, tersirat kisah suka dan duka di dalam catatan diari hidup aku. Hendak dimulakan cerita, sedang aku menghirup secawan teh segar di atas puncak Cameroon Highland, terkenang kembali kisah duka tiga tahun yang lalu.


Tiga tahun yang lalu, aku mempunyai seekor arnab kacukan Parsi yang diberi nama Etong. Aku membelinya dari Mat Top, salah seorang rakan aku yang mengusahakan perniagaan haiwan peliharaan. Aku telah membeli Etong dengan harga RM500 ringgit pada masa itu kerana minatku yang amat terhadap Etong. Etong berbulu gebu dan matanya bersinar bak bintang di malam hari. Ekornya yang kontot turut menarik perhatianku untuk membelinya.


Tiap-tiap hari aku menjaga dan membelai Etong dengan manja dan penuh kasih sayang bak kata pepatah 'bagai menatang minyak yang penuh'. Aku juga sentiasa mengambil berat tentang keadaan Etong dari masa ke semasa terutama berkenaan makan minum dan kesihatannya. Sambil memberi makan kepada Etong, matanya sering merenung dengan penuh manja kepada tuannya tanda menghargai keprihatinanku terhadapnya selama ini.


Hari berganti hari, malam berganti siang, kini aku sudah berjaya menggenggam segulung ijazah di dalam bidang Teknologi Maklumat. Setelah menamatkan pengajian, timbul hasrat di hati kecilku ini untuk mengusahakan perniagaan komputer secara kecil-kecilan. Namun, aku memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan bisnes ini walhal aku bukanlah anak orang berada . Tambahan lagi dengan beban hutang pinjaman PTPTN yang belum dilangsaikan terus membebankan fikiran aku.


Di suatu malam yang hening, aku berfikir sejenak bagaimana untuk mendapatkan modal awal untuk peniagaan di hadapan beranda rumah. Ku lihat pokok kelapa bagaika melambai-lambai kepadaku serta sang angin bertiup kencang menyentuh jiwa sanubariku. Tiba-tiba aku terbayang wajah Etong yang kini sedang nyenyak tidur di dalam sangkar yang beralaskan kabu. Terdetik di hatiku ini untuk menjual Etong bagi menampung sebahagian daripada modal perniagaan aku. Namun apakan daya, aku tidak dapat menjual Etong kerana aku amat menyayanginya. " Apit, ang dok buat apa kat luaq tu. Pi la tidoq, dah lewat malam dah ni", secara tiba-tiba ibuku mencelah. Lalu, aku pun terus pergi ke kamar tidur dalam keadaan dilemma.


Masa berlalu dengan pantas sedangkan aku masih belum dapat menampung perbelanjaan untuk membuka perniagaan aku. Tanpa berfikir panjang, aku nekad membuat keputusan untuk menjual Etong tanpa memikirkan perasaannya. Sudah tetu Etong akan kecil hati dengan sikap tuannya yang mementingkan diri sendiri."Etong,tolong maafkan Apit. Apit kena jual Etong untuk tampung modal bisnes Apit", kata aku kepada Etong. Etong seolah-olah memahami apa yang aku katakan kepadanya.




BERSAMBUNG.......Episod 2 akan muncul x lama lagi.....sabar yea

Currently have 1 ulasan:

  1. Tanpa Nama says:

    cpat la x sbar nk baca episod 2 lak hehe

Leave a Reply

Catat Ulasan