Latest News

Pantun Ramadhan

Rabu, 26 Ogos 2009 , Posted by Muhammad Amiruddin Bin Mustafa at 3:18 PG




PANTUN RAMADHAN


Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Penghulu segala seluruh bulan,
Mari semua kita bersedia;
Untuk berpuasa selama sebulan.

Di pagi hari bersahur sudah,
Pengalas perut di siang hari,
Dosa jangan dibuat sudah;
Dengan berbuka di siang hari.

Di waktu siang penat bekerja,
Lapar dahaga usah dikata,
Sabarlahkita hingga ke senja;
Azan bergema berbukalah kita.

Azan bergema tanda berbuka,
Duduk di dapur bersam-sama,
Bacalah kita doa berbuka;
Sambil menelan sebiji kurma.

Sesudah makan kenyanglah perut,
Lega gembira tidak terkata,
Janganlah kita dahi berjerut;
Selepas ini tarawikhlah pula.

Pergi ke masjid selipar tertanggal,
Kucing di sana terus dimarahi,
Solat tarawikh janganlah ditinggal;
Tanda syukur kepada Ilahi.

Solat tarawikh habislah sudah,
Marilah kita pulang kembali,
Janganlah kita keluh dan kesah;
Kerana esok puasa kembali.


Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam...

Currently have 0 ulasan:

Leave a Reply

Catat Ulasan