Kisah Etong : Episod 2
Keesokan harinya, aku telah pergi ke rumah sepupu aku, Amiey bersama Etong untuk menjualnya. "Amiey, aku nak jual Etong kat ang seribu ringgit ang mau dak?" tanyaku kepada Amiey. Dia diam seketika. Tanpa berfikir panjang, Amiey bersetuju dengan harga yang diletak. Sekarang, Etong akan tinggal dengan tuan yang baru iaitu Amiey. Dari air muka Etong, aku tahu dia sedang bersedih dan menangis atas sikap tuannya yang mementingkan diri sendiri.
Setelah pulang dari rumah, aku terus menangis teresak-esak kerana aku baru saja kehilangan Etong, seekor arnab putih kacukan Parsi. Namun, aku pasrah kerana aku mempunyai cita-cita yang perlu digapai iaitu membuka syarikat perkomputeran yang terkemuka di Malaysia. Di sebalik kehilangan Etong, aku kini berjaya membuka sebuah kedai komputer. Kini, perniagaanku berkembang pesat dan memperoleh keuntungan yang lumayan. Aku berasa sangat gembira atas pencapaian aku selama ini. Oleh sebab itu, aku bercadang untuk pergi melawat Etong di rumah Amiey.
22 November 2008 tepat jam 4 petang, aku pergi ke rumah Amiey dengan menaiki Subaru Impreza bernombor plat KAG 6508 yang baru saja dibeli hasil dari titik peluhku selama ini. Aku juga turut membawa sebungkus lobak segar sebagai buah tangan kepada Etong. Apabila tiba di selekoh untuk ke rumah Amiey, tiba-tiba "Baaaaammmm". Aku merasakan keretaku yang berwarna biru tua telah melanggar sesuatu. Hatiku berasa tidak sedap hati. Lalu, aku terus keluar untuk melihat apa yang berlaku. Tiba-tiba air mataku bergelinangan dan perasaan sedih terus mengetuk pintu hatiku.
Rupa-rupanya aku telah melanggar Etong, arnab yanmg selama ini aku kesali. Tubuh Etong kaku tidak bermaya dan seluruh badannya hancur di sebalik tayar keretaku.Pada masa itu juga, Amiey keluar dari rumahnya dan tergamam seketika. Setitis demi setitis air matanya mengalir melihat keadaan Etong yang longlai tidak bermaya. Namun, Amiey tidak menyalahkan diriku kerana katanya Etong telah keluar dari sangkarnya semasa aku dalam perjalanan ke sini.
Itu kisah tiga tahun yang dulu, kini aku sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang IT. Ini semua hasil daripada jualan Etong sebagai modal permulaan bagi memulakan bisnes aku. Sesungguhnya, Etonglah yang banyak berkorban dan memberi sinar harapan demi untuk menggapai cita-citaku selama ini. Buat Etong, terima kasih atas kasih sayang yang engkau curahkan selama ini.
salam...
takziah di atas kehilangan Etong
Pengalaman y mampu menitiskan air mata para pembaca(merujuk diri sendiri sbenaonye)...
setiap y blaku de hikmahnye...
Hilang Etong=bjaya capai cita2
wassalam